Monday, August 10, 2009

TULANG BUSUK SEBAGAI SUMBER HUKUM UMAR

Amru b,Al As selaku gabenor Mesir ingin membina masjid yg indah berhampiran istananya.Setelah diselidiki ternyata tanah yg ingin dibina masjid adalah milik seorang Yahudi yg tua .Lalu Amru menggesa siYahudi untuk menjualkan tanahnya namun ia tetap enggan sehingga Amru marah sambil memerintahkan agar rumah yahudi tetap dirobohkan dan tanahnya dirampas dengan alasan kepentingan bersama.
Yahudi yg tidak mampu berbuat apa-apa bertekad mengadu kepada Khalifah Umar alKhattab di madinah.Terkejut si Yahudi kerana Khalifah tidak memiliki istana besar melainkan sebatang pohon kurma dihadapan masjid nabawi sebagai pejabatnya.Si Yahudi mnerangkan perkara yang berlaku antaranya dan Amru.Mendengar penerangan Yahudi, Khalifah Umar menjadi marah lalu memerintahkan Yahudi mengambil tulang di timbunan sampah.
Lalu Khalifah Umar menulis huruf alif yg lurus dan dipalang ditengahnya dengan pedang.Khalifah Umar berpesan pada yahudi supaya bawalah tulang ke Mesir untuk mendapatkan keadilan.Terkejut kali kedua si yahudi kerana kedatangannya yg jauh utk mendapatkan keadilan hanya diberi tulang yg busuk.Namun ia hanya menerimanya kerana sangkaanya pasti sukar mendapat keadilan ditambah lagi yang ia masih kufur.
Sampai ke mesir dengan berat hati si yahudi memberikan tulang busuk itu kepada Amru.Terkejut lagi si yahudi kerana tulang busuk itu telah membuatkan gabenor yg hebat menggigil ketakutan.Amru memerintahkan anak buahnya merobohkan masjid yg sedang dibina dan membangunkan semula rumah si yahudi. Dalam keadaan bingung siyahudi mendatangi Amru dan kali ini disambut dengan penuh hormat dan amru bertanyakan apakah ada lagi permintaanya.
Si yahudi memohon penerangan Amru ttg keanehan yg dilihat pada tulang yg dikirim Khalifah Umar.Amru menerangkan tulang busuk itu adalah tulang biasa,tetapi kerana dikirimkan khalifah ianya adalah satu amaran 'Ingatlah kamu,siapa pun engkau,betapa tinggi pangkat dan kekuasaanmu suatu saat nanti kamu pati menjadi tulang busuk.Kerana itu bertindak adillah seperti huruf alif atau aku palangmu ditengah-tengah(pancung)'.
Yahudi tertunduk kagum.Kagum atas ketegasan dan keadilan Khalifah meskipun ianya seorang yahudi.Kagum atas kebijaksanaan hukum hanya dengan sepotong tulang yang busuk.Lalu si yahudi memeluk Islam dan mewakafkan tanahnya itu.

No comments:

Post a Comment