Monday, August 17, 2009

Tahi berterbangan

"Gua berbulu betul dengan tukang kebun tu. Macam James bond pulak,asyik menyibuk buat laporan kat warden pot tempat gua ponteng kelas petang". Amacam kita ajar sikit, cadang gua kat member.Member gua setuju, tpi gua cakap tunggu masa dia mesin rumput.
Gua ajak member yang nak melabur mas gerek,sila masukkan dalam plastik hitam. gua sudah ukur laluan tukang kebun tu lalu meletakkan 3 bungkus jerangkap samar di rumput.
Greeennng! bunyi mesin rumput tu.Apabila terkena je kat plastik jerangkap samar yang gua letakkan maka berterbanganlah tahi gua dan rakan2 seumpama bom berangkai.
Cisss! Kurang ajar"jerit tukang kebun. Alamak,gua ingat sikit2 jer rupanya dari kaki sampai ke badan bom berangkai tu meletup. Sian juga beb. Semenjak tu,tukang kebun sekolah gua fobia nak mesin rumput pada plastik berwarna hitam. tapi gua dah minta ampun kat dia masa raya.(osama)

Singgit

Cis! Cikgu Hamid jambul nampak gua dan member ponteng ni.kantoi la masa asembli nanti.Haris,Nazri,Sharif,Mamat sila keluar ke hadapan.Pengetua dah stanbye dengan rotan.
"Kenapa kamu ponteng masa sekolah".tanya pengetua.Sebagai jurucakap tak rasmi,gua keluarkan kertas klinik."Kami tak sihat cikgu,kami pergi hospital".Ni buktinya,pendaftaran dengan bayaran singgit.
"Hmmm, lain kali bagi tau guru dulu" nasihat pengetua.Kahkahkah...sori cikgu hamid.Itulah harga untuk meleepaskan diri.Singgit.Pi bayar kat kaunter hospital,tapi gua bukan pi jumpa doktor pun, cuma gua simpan resit sebagai alasan untuk escape.(osama)
"Esok semua pelajar mesti turun solat subuh berjemaah,sesiapa yang escape akan diambil tindakan,sarip besok jadi bilal" ustaz sham memberi amaran lepas solat isyak. Alamak, minggu ni ustaz sham warden bertugas konfom gua kena solat 5 waktu sehari semalam atau gua kena jalan itik turun dan balik asrama.
Macam biasa lepas gosip2 ,umpat mengumpat dan mengeksyenkan diri masing2 gua terlelap jam 1 pagi walaupun lampu asrama dah dipadamkan jam 10.30 malam.Member gua si sarip dah tido awal pasal nak jadi bilal esok.
"Asyhadu anna muhammadar rasulullah,". Alamak,gua dah terlambat. Gua gerak gua punya member. Kelam kabut kami bergegas ke surau. Sah,ustaz Sham dah tunggu ni.
Tengah gua dan member gua berlari2 anak,tiba-tiba sarip tukar skrip azan. "testing mic, testing mic 1,2,3".Aik....apahal ni.Gua bertembung pelajar lain pulang dari surau dalam keadaan bengang.Apahal?tanya gua .
"Mamat poyo tu kontrol hensem,baru pukul 3 pagi dah azan,silap tengok jam la tu,testing mic konon.Hilang akal ka testing mic pukul 3 pagi" rungut pelajar asrama.
Kahkahkahkah,lawak gaban sarip ni.
(osama laden)

Tuesday, August 11, 2009

mutiara kata

Bertemu kembali....
Ingat tak masa sekolah dulu,biasanya kalau kita aktif dalam kokurikulum atau apa2 pertandingan kat sekolah yang melibatkan pidato,forum ke atau yang melibatkan penulisan,biasanya terselitlah kata2 hikmah atau mutiara kata atau apalah yang leh menyedapkan lagi ayat tu....Oklah dibawah ni saya ingin berkongsi serba sedikit rangkaian kata2 hikmah yang masih diingati dan tertulis kat buku...Mungkin para pembaca yang lain pun ada jadi leh lah kongsi2.....
  • 1. Orang yang berilmu adalah orang yang berfikir sejenak sebelum berbicara
  • 2. Hiasi tidurmu dengan titisan air sembahyang,lelapkan mata dengan alinan zikrullah,selimutkan diri dengan kalimah syahadah,alaskan tidurmu dengan sepotong doa.
  • 3. Hidup ini umpama warna warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik tetapi mempunyai sejuta maksud.
  • 4. Dunia bersifat sementara,maka kebahagiaan yang didalamnya juga sementara, sebaliknya akhirat bersifat abadi, maka kebahagiaan di dalamnya juga abadi.
  • 5. Pelajaran dan pengajaran yang paling berkesan adalah pengalaman yang dilalui.
  • 6. Jangan impikan pertemuan jika takutkan perpisahan.
  • 7. Berkasihlah untuk dikasihi tetapi usah sampai menagih kasih nanti yang datang hanyalah benci
  • 8. Indah dimata manusia belum tentu indah di mata syurga
  • 9. Kalau bangsa dinilai melalui bahasa,bahasa pula dinilai melalui jasa,tiada gunanya bahasa jika ia tidak memperkasa.
  • 10. Kehebatan bangsa terletak pada bagaimana cara bangsa itu berfikir, sebab tindakan yang hebat bermula dari cara fikir yang hebat....
Oklah setakat ini dulu dapat disampaikan....berjumpa lagi di next post....

Monday, August 10, 2009

TULANG BUSUK SEBAGAI SUMBER HUKUM UMAR

Amru b,Al As selaku gabenor Mesir ingin membina masjid yg indah berhampiran istananya.Setelah diselidiki ternyata tanah yg ingin dibina masjid adalah milik seorang Yahudi yg tua .Lalu Amru menggesa siYahudi untuk menjualkan tanahnya namun ia tetap enggan sehingga Amru marah sambil memerintahkan agar rumah yahudi tetap dirobohkan dan tanahnya dirampas dengan alasan kepentingan bersama.
Yahudi yg tidak mampu berbuat apa-apa bertekad mengadu kepada Khalifah Umar alKhattab di madinah.Terkejut si Yahudi kerana Khalifah tidak memiliki istana besar melainkan sebatang pohon kurma dihadapan masjid nabawi sebagai pejabatnya.Si Yahudi mnerangkan perkara yang berlaku antaranya dan Amru.Mendengar penerangan Yahudi, Khalifah Umar menjadi marah lalu memerintahkan Yahudi mengambil tulang di timbunan sampah.
Lalu Khalifah Umar menulis huruf alif yg lurus dan dipalang ditengahnya dengan pedang.Khalifah Umar berpesan pada yahudi supaya bawalah tulang ke Mesir untuk mendapatkan keadilan.Terkejut kali kedua si yahudi kerana kedatangannya yg jauh utk mendapatkan keadilan hanya diberi tulang yg busuk.Namun ia hanya menerimanya kerana sangkaanya pasti sukar mendapat keadilan ditambah lagi yang ia masih kufur.
Sampai ke mesir dengan berat hati si yahudi memberikan tulang busuk itu kepada Amru.Terkejut lagi si yahudi kerana tulang busuk itu telah membuatkan gabenor yg hebat menggigil ketakutan.Amru memerintahkan anak buahnya merobohkan masjid yg sedang dibina dan membangunkan semula rumah si yahudi. Dalam keadaan bingung siyahudi mendatangi Amru dan kali ini disambut dengan penuh hormat dan amru bertanyakan apakah ada lagi permintaanya.
Si yahudi memohon penerangan Amru ttg keanehan yg dilihat pada tulang yg dikirim Khalifah Umar.Amru menerangkan tulang busuk itu adalah tulang biasa,tetapi kerana dikirimkan khalifah ianya adalah satu amaran 'Ingatlah kamu,siapa pun engkau,betapa tinggi pangkat dan kekuasaanmu suatu saat nanti kamu pati menjadi tulang busuk.Kerana itu bertindak adillah seperti huruf alif atau aku palangmu ditengah-tengah(pancung)'.
Yahudi tertunduk kagum.Kagum atas ketegasan dan keadilan Khalifah meskipun ianya seorang yahudi.Kagum atas kebijaksanaan hukum hanya dengan sepotong tulang yang busuk.Lalu si yahudi memeluk Islam dan mewakafkan tanahnya itu.
Assalammualaikum.......
Salam Pembuka bicara buat semua para pembaca tak kira sape....Semoga dengan blog ini akan dapat memberi ruang dan inspirasi dalam melayari kehidupan ini.
Dalam blog ini, saya harap kita semua dapat berkongsi apa2 saja tapi maklumat berkaitan ilmu ke, petua ke, atau nak kongsi resepi pun leh gak....
Apapun matlamat sebenar semoga kita semua mendapat manfaat daripada blog ini.